Tuesday, November 25, 2008

MEMBAHAGI PESAKA DI KALANGAN SAUDARA LELAKI DAN SAUDARA PEREMPUAN


Assalamualaikum


Soalan: Saya mempunyai 6 orang adik beradik, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Baru-baru ini bapa saya telah meninggal dunia, manakala ibu saya telah pun terlebih dahulu meninggal dan bapa saya itu tidak mempunyai isteri yang lain. Bolehkah harta pusaka bapa itu kami bahagi samarata sebagai tanda kasih sayang kami adik beradik?


Jawaban: Harta pusaka tidak boleh di bahagikan sama di antara waris lelaki dan waris perempuan. Perkara ini telah pun ditentukan oleh al-Qur'an iaitu anak lelaki atau saudara lelaki akan mendapat 2 bahagian seorang berbanding dengan anak perempuan atau saudara perempuan yang mendapat 1 bahagian dari pusaka tersebut .


Jadi di dalam kes tuan ini, harta pusaka tersebut hendaklah di bahagikan kepada 9 bahagian, yakni 3 orang anak lelaki tersebut mendapat 2 bahagian setiap orang menjadikannya 6 bahagian. Manakala 3 orang anak perempuan tadi kekal bahagiannya 1 bahagian setiap orang.

Katakanlah, setelah dihitung; nilai pusaka tersebut berjumlah RM 90,000. Maka anak lelaki mendapat 2 bahagian dengan nilai RM 20,000 setiap orang, manakala anak-anak peerempuan tersebut yang mendapat 1 bahagian akan mendapat RM 10,000 setiap orang.


Andainya ada di antara adik beradik tuan ini hendak memberikan lebih sedikit, atau kesemuanya harta pusaka tersebut kepada mana-mana adik beradik tuan yang lain, tak kiralah atau dasar kasih sayang atau pertolongan; maka dia hendaklah memberikannya setelah selasai pembahagian pusaka tersebut dibuat mengikut hak yang telah ditentukan Allah di dalam al-Qur'an dan harta itu memang telah sah menjadi miliknya. Ketika ini boleh dia menggunakan hartanya itu sebagaimana kehendaknya. Wallahu A'lam.


Sekian....... drp tokAbubah di GB....


0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP