Sunday, January 18, 2009

BAHAGIAN PUSAKA ADALAH BERUBAH MENGIKUT SITUASI.....


Assalamualaikum.......

Kedudukan bahagian-bahagian pusaka bagi penerima-penerima pusaka adalah berubah-ubah mengikut situasi waris-waris yang ada bersama menerima pusaka tersebut. Maknanya .... ada keadaan di mana seorang isteri akan menerima 1/4 bahagian dari harta pusaka suaminya..... dan pada keadaan yang lain dia hanya menerima 1/8 bahagian sahaja daripada jumlah pusaka tersebut. Keadaan ini menjadikan ilmu faraidh ini wajib dipelajari dan difahami, supaya pembahagian dari sesuatu pusaka itu dapat di bahagi dengan betul mengikut kaedahnya.

Begitu juga keadaan penerima-penerima pusaka yang lain di dalam sistem faraidh ini. Misalnya .... ada keadaanya pusaka untuk anak perempuan itu 1/2 bahagian daripada apa yang diperoleh oleh anak lelaki.... ada pula ketikanya anak perempuan tadi mendapat 1/2 daripada jumlah harta pusaka ibubapanya..... dan ada keadaan pula mereka akan mendapat 2/3 bahagian dari jumlah keseluruhan harta pusaka ibubapanya.....

Begitu juga misalnya.... pusaka untuk seorang ibu jika anaknya meninggal.... Ada keadaan di mana ibu akan mendapat 1/3 daripada harta anaknya.... ada ketika dia akan dapat 1/6 sahaja daripada harta anaknya..... dan ada keadaan pulak ibu tadi akan dapat '1/3 baki' daripada jumlah harta tersebut..... Di sini kita kenalah belajar apa yang dinamakan '1/3 penuh dan 1/3 baki' dari jumlah harta pusaka tersebut dan yang mana satu kena diwarisi oleh ibu tersebut.....

Keadaan-keadaan ini berlaku bergantung kepada berapa kumpulan waris yang berhak menerima pusaka tersebut ....... kalau satu kumpulan waris sahaja yang berhak menerima pusaka, maka pembahagiannya adalah berbeza daripada kalau ada lebih daripada satu kumpulan waris yang menjadi penerima pusaka tersebut. Misalnya, kalau seorang anak lelaki yang masih bujang meninggal dunia, maka pusaka untuk ibubapanya adalah berbeza jumlahnya berbanding dengan pusaka dari anak lelaki yang sudah pun ada isteri dan anak-anak...

Ada keadaan di mana ibubapa telah mengambil kesemua pusaka tinggalan anak lelaki mereka tanpa memberi bahagian yang telah ditentukan Allah kepada menantu dan cucu-cucunya kerana marah dan tidak berkenan dengan menantu pilihan anak lelaki mereka. Keadaan ini telah menjadikan ibubapa tersebut telah memakan sama harta yang mereka tidak berhak ke atasnya. Dan lebih dahsyat lagi mereka telah memakan harta cucu mereka yang yatim tersebut.....Jadi makan harta anak yatimlah pulak di sini..... Waliauzubillahi min zaaalik....!

Keadaan-keadaan ini menjadikan pusaka adalah fardhu 'ain yang mesti difahami oleh setiap keluarga kerana ia tetap berkaitan dengan setiap dari kita sebagai ahli keluarga yang saling waris mewarisi harta di kalangan ahli keluarga seperti yang telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Qur'anul Karim Ummul Kitab. Berdosalah kita jika membuat pembahagian pusaka ini mengikut kesukaan hati kita sahaja tanpa mengambil kira hak setiap orang yang berhak di dalam harta pusaka tersebut, tak kiralah waima anak di dalam kandungan sekali pun; corak dan cara pembahagian pusaka untuknya tetap Allah Yang Maha 'Arif lagi Bijaksana serta Adil telah menyediakannya untuknya.

Jika pembahagian pusaka ini tidak dibuat dengan betul mengikut perintah Allah Subhanahu wa Taala, maka adalah nanti waris yang teraniaya, dan adalah pula nanti waris yang memakan harta haram kerana bukan haknya. Dan harta haram tadi mungkin diberi pulak makan kepada orang lain yang tidak pun berhak ke atas harta tersebut.....Maka api nerakalah nanti jawabnya akibat memakan harta haram tersebut.....

Mudah-mudahan komen kambing kampung terjawab di sini.... wallahu a'lam.


Daripada TokAbubah di GB....

About This Blog

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP