Saturday, November 29, 2008

KENAPA LELAKI DPT LEBIH PUSAKA.....?




Assalamualaikum.....!

Soalan: Apakah hikmahnya Allah menjadikan bahagian harta pusaka untuk waris lelaki itu lebih banyak berbanding waris perempuan, misalnya adik beradik lelaki mendapat dua bahagian setiap seorang berbanding dengan satu bahagian bagi waris perempuan setiap seorang?

Jawaban: Menjadi orang Islam mewajibkan kita membersihkan dan mengikhlaskan hati nurani kita sehingga boleh menerima bahawa 'semua hukum Allah itu betul dan tidak ada yang tidak betul.' Setelah itu kita bolehlah mencari dan mempelajari hikmahnya dari setiap hukum yang di perintahkan Allah itu kepada kita hambaNya yang bertaqwa...

Di dalam sistem kekeluargaan Islam, Allah telah meletakkan tugas mengurus keluarga dan rumahtangga adalah di atas bahu kaum lelaki. Tugas menyelia perjalanan sesebuah rumahtangga dan menjaga keselamatan ahli keluarga adalah menjadi tanggungjawab suami yang mungkin juga telah menjadi bapa pula di dalam keluarga tersebut.

Segala perbelanjaan untuk menyara kehidupan berkeluarga juga adalah di tanggung oleh kaum lelaki. Merekalah yang akan membiayai segala saraan ini yang termasuk di dalamnya makan minum ahli keluarga itu, pakaian, tempat tinggal, juga jagaan kesihatan dan keperluan pendidikan. Semua ini akan diambil dari sumber rezeki atau mata pencarian atau pendapatan orang lelaki termasuklah perolehan dari harta pusaka yang jatuh menjadi miliknya. Ini semua untuk memenuhi tugasnya sebagai pengurus rumahtangga tersebut.

Kaum perempuan pula tidak diwajibkan atau tidak dipertanggung jawabkan oleh Allah dengan apa-apa perbelanjaan pun di dalam rumahtangganya. Pusaka yang diterimanya adalah bulat-bulat menjadi miliknya dan tidak wajib dibelanjakan untuk sesiapa pun di dalam keluarganya berlainan dengan tanggung jawab seorang suami dan ayah. Wallahu A'lam...


Sekian...... drp tokAbubah diGb.....










0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP