Thursday, June 26, 2008

KENALI ILMU FARAIDH...


Bismillahir Rahmanir Rahim...

Sebagai orang Islam... kita patut mengetahui tentang Ilmu Faraidh ini sebagai menyahut seruan Rasulullah S.A.W yg telah menyuruh kita mempelajari ini Ilmu Faraidh ini dan juga menyuruh kita mengajar orang lain berhubung dengannya kerana ia adalah ilmu yang paling awal akan dilupai orang.... Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pelajarilah Ilmu Faraidh dan ajarilah ia kepada manusia... Sesungguhnya ia adalah separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai... Ia merupakan ilmu yg paling awal dicabut daripada umatku." -- Akhrajahu Ibn Majah dan Darqutni daripada Abu Hurayrah r.a.

Kita harus tahu teknik bagaimana mahu menguasai Ilmu Faraidh. Ilmu Faraidh adalah satu daripada Ilmu Islam yang wajib difahami oleh setiap muslim... Ia adalah suatu ilmu yang sukar diperolehi malainkan bagi orang yang menguasai Bahasa Arab dan Bidang Agama... Ia adalah suatu ilmu yang sangat penting dan mempunyai hubungan secara langsung dan rapat dengan kehidupan setiap individu Muslim. Dengan memahaminya ... seseorang yang terlibat dengan masalah pusaka akan dapat menerima cara penyelesaiannya dengan tenang dan berpuas hati.

Ilmu Faraidhlah yang merupakan jalan penyelesaian yang muktamad yang akan dapat diterima oleh masyarakat. Ia adalah satu anugerah yang dikeurniakan oleh Allah kepada hambanya. Buku Faraidh pun sudah ditulis di dalam Bahasa Malaysia dengan hasratuntuk membolehkan semua orang dapat menguasainya dan memahaminya dengan mudah sertaberkesa. Mudah-mudahan ia menjadi satu sumbangan kepada masyarakat untuk memahami dan mengambil faedah darinya apabila mahu menyelesaikan masalah pusaka dengan cara yang lebih mudah dan praktikal.

Sekian dulu buat kali ini............. Maassalaamah wa ilal liqaq......

drp..... tok abubah ..... di Gb...

0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP