Sunday, January 18, 2009

BAHAGIAN PUSAKA ADALAH BERUBAH MENGIKUT SITUASI.....


Assalamualaikum.......

Kedudukan bahagian-bahagian pusaka bagi penerima-penerima pusaka adalah berubah-ubah mengikut situasi waris-waris yang ada bersama menerima pusaka tersebut. Maknanya .... ada keadaan di mana seorang isteri akan menerima 1/4 bahagian dari harta pusaka suaminya..... dan pada keadaan yang lain dia hanya menerima 1/8 bahagian sahaja daripada jumlah pusaka tersebut. Keadaan ini menjadikan ilmu faraidh ini wajib dipelajari dan difahami, supaya pembahagian dari sesuatu pusaka itu dapat di bahagi dengan betul mengikut kaedahnya.

Begitu juga keadaan penerima-penerima pusaka yang lain di dalam sistem faraidh ini. Misalnya .... ada keadaanya pusaka untuk anak perempuan itu 1/2 bahagian daripada apa yang diperoleh oleh anak lelaki.... ada pula ketikanya anak perempuan tadi mendapat 1/2 daripada jumlah harta pusaka ibubapanya..... dan ada keadaan pula mereka akan mendapat 2/3 bahagian dari jumlah keseluruhan harta pusaka ibubapanya.....

Begitu juga misalnya.... pusaka untuk seorang ibu jika anaknya meninggal.... Ada keadaan di mana ibu akan mendapat 1/3 daripada harta anaknya.... ada ketika dia akan dapat 1/6 sahaja daripada harta anaknya..... dan ada keadaan pulak ibu tadi akan dapat '1/3 baki' daripada jumlah harta tersebut..... Di sini kita kenalah belajar apa yang dinamakan '1/3 penuh dan 1/3 baki' dari jumlah harta pusaka tersebut dan yang mana satu kena diwarisi oleh ibu tersebut.....

Keadaan-keadaan ini berlaku bergantung kepada berapa kumpulan waris yang berhak menerima pusaka tersebut ....... kalau satu kumpulan waris sahaja yang berhak menerima pusaka, maka pembahagiannya adalah berbeza daripada kalau ada lebih daripada satu kumpulan waris yang menjadi penerima pusaka tersebut. Misalnya, kalau seorang anak lelaki yang masih bujang meninggal dunia, maka pusaka untuk ibubapanya adalah berbeza jumlahnya berbanding dengan pusaka dari anak lelaki yang sudah pun ada isteri dan anak-anak...

Ada keadaan di mana ibubapa telah mengambil kesemua pusaka tinggalan anak lelaki mereka tanpa memberi bahagian yang telah ditentukan Allah kepada menantu dan cucu-cucunya kerana marah dan tidak berkenan dengan menantu pilihan anak lelaki mereka. Keadaan ini telah menjadikan ibubapa tersebut telah memakan sama harta yang mereka tidak berhak ke atasnya. Dan lebih dahsyat lagi mereka telah memakan harta cucu mereka yang yatim tersebut.....Jadi makan harta anak yatimlah pulak di sini..... Waliauzubillahi min zaaalik....!

Keadaan-keadaan ini menjadikan pusaka adalah fardhu 'ain yang mesti difahami oleh setiap keluarga kerana ia tetap berkaitan dengan setiap dari kita sebagai ahli keluarga yang saling waris mewarisi harta di kalangan ahli keluarga seperti yang telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Qur'anul Karim Ummul Kitab. Berdosalah kita jika membuat pembahagian pusaka ini mengikut kesukaan hati kita sahaja tanpa mengambil kira hak setiap orang yang berhak di dalam harta pusaka tersebut, tak kiralah waima anak di dalam kandungan sekali pun; corak dan cara pembahagian pusaka untuknya tetap Allah Yang Maha 'Arif lagi Bijaksana serta Adil telah menyediakannya untuknya.

Jika pembahagian pusaka ini tidak dibuat dengan betul mengikut perintah Allah Subhanahu wa Taala, maka adalah nanti waris yang teraniaya, dan adalah pula nanti waris yang memakan harta haram kerana bukan haknya. Dan harta haram tadi mungkin diberi pulak makan kepada orang lain yang tidak pun berhak ke atas harta tersebut.....Maka api nerakalah nanti jawabnya akibat memakan harta haram tersebut.....

Mudah-mudahan komen kambing kampung terjawab di sini.... wallahu a'lam.


Daripada TokAbubah di GB....

Saturday, November 29, 2008

KENAPA LELAKI DPT LEBIH PUSAKA.....?




Assalamualaikum.....!

Soalan: Apakah hikmahnya Allah menjadikan bahagian harta pusaka untuk waris lelaki itu lebih banyak berbanding waris perempuan, misalnya adik beradik lelaki mendapat dua bahagian setiap seorang berbanding dengan satu bahagian bagi waris perempuan setiap seorang?

Jawaban: Menjadi orang Islam mewajibkan kita membersihkan dan mengikhlaskan hati nurani kita sehingga boleh menerima bahawa 'semua hukum Allah itu betul dan tidak ada yang tidak betul.' Setelah itu kita bolehlah mencari dan mempelajari hikmahnya dari setiap hukum yang di perintahkan Allah itu kepada kita hambaNya yang bertaqwa...

Di dalam sistem kekeluargaan Islam, Allah telah meletakkan tugas mengurus keluarga dan rumahtangga adalah di atas bahu kaum lelaki. Tugas menyelia perjalanan sesebuah rumahtangga dan menjaga keselamatan ahli keluarga adalah menjadi tanggungjawab suami yang mungkin juga telah menjadi bapa pula di dalam keluarga tersebut.

Segala perbelanjaan untuk menyara kehidupan berkeluarga juga adalah di tanggung oleh kaum lelaki. Merekalah yang akan membiayai segala saraan ini yang termasuk di dalamnya makan minum ahli keluarga itu, pakaian, tempat tinggal, juga jagaan kesihatan dan keperluan pendidikan. Semua ini akan diambil dari sumber rezeki atau mata pencarian atau pendapatan orang lelaki termasuklah perolehan dari harta pusaka yang jatuh menjadi miliknya. Ini semua untuk memenuhi tugasnya sebagai pengurus rumahtangga tersebut.

Kaum perempuan pula tidak diwajibkan atau tidak dipertanggung jawabkan oleh Allah dengan apa-apa perbelanjaan pun di dalam rumahtangganya. Pusaka yang diterimanya adalah bulat-bulat menjadi miliknya dan tidak wajib dibelanjakan untuk sesiapa pun di dalam keluarganya berlainan dengan tanggung jawab seorang suami dan ayah. Wallahu A'lam...


Sekian...... drp tokAbubah diGb.....










Tuesday, November 25, 2008

MEMBAHAGI PESAKA DI KALANGAN SAUDARA LELAKI DAN SAUDARA PEREMPUAN


Assalamualaikum


Soalan: Saya mempunyai 6 orang adik beradik, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Baru-baru ini bapa saya telah meninggal dunia, manakala ibu saya telah pun terlebih dahulu meninggal dan bapa saya itu tidak mempunyai isteri yang lain. Bolehkah harta pusaka bapa itu kami bahagi samarata sebagai tanda kasih sayang kami adik beradik?


Jawaban: Harta pusaka tidak boleh di bahagikan sama di antara waris lelaki dan waris perempuan. Perkara ini telah pun ditentukan oleh al-Qur'an iaitu anak lelaki atau saudara lelaki akan mendapat 2 bahagian seorang berbanding dengan anak perempuan atau saudara perempuan yang mendapat 1 bahagian dari pusaka tersebut .


Jadi di dalam kes tuan ini, harta pusaka tersebut hendaklah di bahagikan kepada 9 bahagian, yakni 3 orang anak lelaki tersebut mendapat 2 bahagian setiap orang menjadikannya 6 bahagian. Manakala 3 orang anak perempuan tadi kekal bahagiannya 1 bahagian setiap orang.

Katakanlah, setelah dihitung; nilai pusaka tersebut berjumlah RM 90,000. Maka anak lelaki mendapat 2 bahagian dengan nilai RM 20,000 setiap orang, manakala anak-anak peerempuan tersebut yang mendapat 1 bahagian akan mendapat RM 10,000 setiap orang.


Andainya ada di antara adik beradik tuan ini hendak memberikan lebih sedikit, atau kesemuanya harta pusaka tersebut kepada mana-mana adik beradik tuan yang lain, tak kiralah atau dasar kasih sayang atau pertolongan; maka dia hendaklah memberikannya setelah selasai pembahagian pusaka tersebut dibuat mengikut hak yang telah ditentukan Allah di dalam al-Qur'an dan harta itu memang telah sah menjadi miliknya. Ketika ini boleh dia menggunakan hartanya itu sebagaimana kehendaknya. Wallahu A'lam.


Sekian....... drp tokAbubah di GB....


Wednesday, July 23, 2008

WASIAT



Assalamualaikum wr. wb.

Soalan-soalan yang dikirimkan:
1. Apakah makna wasiat di dalam Islam?
2. Jika simati terus mewasiatkan sejumlah harta kepada seseorang (samada keluarga atau bukan), adakah ia masih tergolong di dalam sistem faraidh?
3. Bila adanya wasiat, adaah faraidh tetap digunakan?

Jawapan kepada soalan yang dikirimkan adalah seperti berikut:

1. Wasiat ialah pesanan berhubung dengan sesuatu yang baik yang dibuat oleh seseorang yang yang masih hidup untuk dilaksanakan setelah dia meninggal dunia; seperti En. Yusuf membuat wasiat supaya sebahagian dari hartanya didermakan kepada rumah anak yatim setelah beliau meninggal dunia. Wasiat ini wajib ditunaikan bila tiba masa yang ditetapkan.

2. Harta wasiat tidak termasuk di dalam kaedah faraid, kerana wasiat mesti ditunaikan terlebih dahulu, sebelum dibahagikan satu-satu pusaka. Selepas wasiat dan segala hutang piutang ditunaikan, harta yang lebih itu barulah dibahagi secara faraid.

3. Sekali pun ada wasiat, hukum pusaka tetap wajib dilaksanakan, kerana wasiat tidak boleh diberi kepada waris-waris yang boleh menerima pusaka; contohnya ayah tidak boleh mewasiatkan sebahagian dari hartanya untuk anaknya setelah dia meninggal kelak, kerana anak sudah pun diperuntukan bahagiannya melalui sistem faraid setelah bapanya meninggal. Wasiat boleh dibuat kepada orang yang bukan waris sahaja. Kalau wasiat dibuat kepada waris yang boleh menerima pusaka, maka wasiat itu tidak sah. Wasiat yang dibenarkan oleh syarak, tidak lebih dari satu pertiga sahaja dari jumlah keseluruhan harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Sekian, Wallahu A'lam.
Maassalaamah wa ilal liqaq...

drp: tokAbubah di Gb.....

ASABAH


Assalamualaikum wr. wb.

Soalan: Minta penjelasan Ustaz tentang asabah dan pembahagiannya.

Jawaban: Asabah ialah baki harta pusaka setelah diselesaikan bahagian-bahagian yang diperolehi oleh waris-waris yang mendapat bahagian yang ditetapkan di dalam satu-satu pusaka; contohnya seorang mati tinggalkan seorang anak perempuan dan seorang saudara lelaki seibu sebapa. Anak perempuan mendapat separuh dari dari pusaka si mati itu dan saudara lelaki pula mendapat bakinya iaitu separuh yang lebih itu. Yang lebih ini, diberi kepada saudara lelaki kerana dia mendapat asabah dari pusaka tersebut.

Sekian, wallahu a'lam.
Maassalaamah wa ilal liqaq....
drp: tokAbubah di Gb...

Saturday, July 19, 2008

AL KALALAH


ألسلام عليكم

Soalan: Apakah yang di maksudkan dengan al-kalalah? Adakah dia turut mendapat harta pusaka?

Jawaban: Banyak pengertian tentang al kalalah, ia disebut di dalam al Qur'an dan juga hadith. Dalam surah al Nisa' ayat 12; al kalalah memberi maksud 'seorang yang mati, baik lelaki atau perempuan, yang tiada anak dan tiada bapa yang mewarisi pusakanya', tetapi si mati ini ada saudara seibu yang akan menerima pusakanya.

Saudara seibu ini akan menerima satu perenam dari pusaka yang ditinggalkan itu, jika dia berseorangan; dan saudara seibu ini akan menerima satu pertiga jika mereka lebih dari seorang. Pembahagian pusaka untuk saudara seibu ini tidak mengambil kira dari segi jantina. Ertinya antara saudara lelaki dan saudara perempuan ini, harta yang mereka perolehi itu, hendaklah dibahagi sama banyak sesama mereka.

Sekian. Wallahu a'lam.

Maassalamah wa ilal liqaq...
drp : tokAbubah di Gb...

Sunday, June 29, 2008

SENARIO PEMBAHAGIAN PUSAKA DLM MASYARAKAT


Bismillahir Rahmaanir Rahim!......

Selalu terdengar di telinga..... atau diceritakan oleh orang yang empunya diri..... tentang cara-cara pembahagian pusaka yang dilakukan oleh mereka dengan cara yang mereka sukai.... tegasnya tidak mengikut prosidure faraidh sebagaimana yang ditentukan Allah di dalam Kitab Suci Al-Qur'an Al-Karim....... sedangkan mereka itu adalah terdiri dari orang-orang Islam yang mengaku akan beramal dengn sistem yang diperintahkan Allah itu.

Misalnya......ada yang bercerita ..... apabila bapa atau ibu mereka meninggal dunia...... maka apa-apa harta tinggalan simati tersebut dibahagikan samabanyak di antara ahli waris yang berhak menerimanya... dengan ertikata pembahagian dilakukan dalam kuantiti yang sama di antara adik beradik lelaki dan perempuan ......sedangkan pembahagian untuk saudara lelaki adalah lebih sekali ganda dari bahagian saudara perempuan...... Alasan yang mereka beri adalah..... mereka rasa adalah lebih adil pembahagian yang sedemikian itu....... sebab mereka adalah adik beradik dan saling kasih mengasihi......... (* hati-hati : adakah merekamerasa yang mereka lebih adil dari Allah yang mereka percaya dan sembah......???*)

Disebabkan oleh tidak memahami dengan jelas aturan pembahagian dan cara-cara mengaplikasikan hukum ini di dalam keluarga dan masyarakat......maka ...... ada juga berlaku perbalahan di antara anak2 si mati dan bapa mereka yang masih hidup mengenai pembahagian pusaka si mati ......Ini kerana ada kelihatan yang sibapa tadi telah membolot semua harta isterinya yang meninggal tadi tanpa melakukan pembahagian dengn anak-anak. simati...... dengan alasan si bapa tadi masih lagi hidup.... so.... pembahagian harta pusaka tadi tidak perlu dilakukan lagi...... Dan banyak lagilah cerita yang berbagai itu kedengaran ekoran dari kejahilan dan ketidak taatan mereka terhadap hukum Allah yang maha suci ini......

Dengan sebab itu adalah sangat wajar Ilmu Faraidh ini menjadi ilmu yang di ketahui dan dimanfaatkan secara menyeluruh di dalam masyarakat Islam.... dan tidak menjadi suatu kesalahan pun jika ia turut dipelajari dan diikuti oleh orang2 yang tidak beriman dengan Islam pun....... kerana hukum Allah tetap boleh dibuktikan adil ..... Sekurang-kurangnya bagi orang-orang bukan Islam.... dengan mengkut hukum hakam Islam ini .... mereka tetap jugak beroleh salam/kesejahteraan di dunia ini..... walaupun diakhirat nanti mereka tetap juga tergolong orang-orang yang mempersekutukan Allah atau tidak percayakan Allah...... yang menyebabkan meraka menderita dan sengsara..... waliauzubillaahi min zaalik

Apabila kita mengaku kita ini Islam.... maka kita kenalah taat pada perintah Allah dan RasulNya.... Kita sama-samalah belajar.... memahami..... dan melakukannya dengan betul.......kerana dengan itu kita akan mendapat salam/sejahtera di dunia dan salam/sejahtera juga di akhirat nanti....... InsyaAllah...... Amin ya Rabb.....

Bersama kita yakin&taat kpada Allah Yg Maha Esa....
Massalaamah wa ila liqaq...

drp TokAbubah...... di Gb...

About This Blog

  © Blogger template 'Soft' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP